Kelas Pemasaran Live TIKTOK - RD
4 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 03 May 2024, telah berlangsung Kelas Pemasaran Live TIKTOK - RD. Kelas ini berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat DUN Kuala Perlis bermula pada pukul 08:00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas ini bertujuan adalah untuk memberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan Tiktok sebagai platform untuk memasarkan produk serta pengenalan kepada TikTok Affiliate. Sewaktu kelas berlangsung, Rakan Digital memberi penerangan mengenai aplikasi TIktok sebagai platform pemasaran digital dan para peserta di ajar menggunakan telefon pintar masing-masing untuk membuat live mengenai produk mereka menggunakan aplikasi Tiktok.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat menambahkan lagi usahawan dalam kalangan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADi sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara pihak NADI dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: